Salam semua,
Video Awal Ashaari Melamar Scha Alyahya dalam rancangan Propaganza? Scha AlYahya dilamar oleh Awal Ashaari semasa dia sedang mengacarakan program Propaganza yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tengah hari tadi.

Suasana romantik semasa Awal Ashaari melamar Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri tersebut dirakam dan ditayangkan secara langsung di kaca televisyen melalui rancangan Propaganza yang disiarkan di Astro Ria. Scha AlYahya menitiskan air mata terharu diatas kejutan yang dibuat oleh kekasihnya itu. Awal menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang besar kepada Scha sebagai tanda lamarannya.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu masa yang sesuai untuk melamar Scha dan memilih tarikh 25hb Mac sebagai tarikh istimewa itu bersempena ulang tahun percintaan mereka yang kedua. Jangan lupa nantikan majlis pengumuman rasmi tarikh pernikahan mereka pada 27hb Mac nanti. Admin mengucapkan tahniah kepada Awal dan Scha Al-Yahya. Semoga hubungan mereka berkekalan dan disatukan kelak di jinjang pelamin.

Video di bawah merupakan video Awal Ashaari melamar Scha AlYahya dalam rancangan Propaganza di Astro Ria. Selamat menonton ! [sumber]
0 komentar:
Posting Komentar