Rabu, 18 Desember 2013

Anjing Panduan Selamatkan Pelatih

Seekor anjing panduan berjaya menyelamatkan kedua-dua pelatihnya dari dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas memasuki kawasan pejalan kaki di San Rafael, California.
Anjing jenis baka Labrador berusia 18 bulan bernama O’Neil itu terhenti seketika dan kemudiannya memandang ke arah belakang jalan itu.
Melihat reaksi anjing tersebut, penyelia latihan Todd Jurek sempat menoleh ke belakang untuk melihat sebuah kereta hitam sedang mengundur secara laju di belakang mereka.
Todd kemudiannya sempat menolak pelatih baru, Danielle Alvarado, ke tepi sebelum kereta tersebut meluncur laju melepasi mereka.
Bertugas di Guide Dogs for the Blind, Todd berkata, “saya rasakan bahawa anjing tersebut menoleh dulu sebelum saya.
“Saya tidak tahu apa yang ia akan lakukan jika saya tidak berada di situ,” tambah beliau.
Pemandu kereta tersebut iaitu seorang wanita berusia 93 tahun dipercayai telah hilang kawalan semasa pemanduannya menyebabkan insiden itu terjadi.
Menurut laporan gawker.com, perkara ini sedang disiasat oleh pihak polis dan pemandu tersebut telah diarahkan untuk mengambil semula ujian memandu.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!